Monday, August 21, 2017

Giveaway by LZ

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Petang-petang ni muncul mood untuk join giveaway. Jadi kali ni, saya join giveaway yang dianjurkan oleh Blogger LZ. Syarat semua sudah pun dipenuhi.

Follower yang ke 192.
IG: nafasbaru_
FB: Nurina Soib

Blogger LZ ni ceritanya terlebih membida barang di chilindo.com dan nak hadiahkan barang-barang tu kepada bloggers yang bertuah. Saya pun selalu beli barang atau souvenir lebih kalau pergi melancong dan akan buat giveaway untuk hadiah kepada bloggers. Hadiah yang saya agak interested ialah jam tangan. Tapi kalau dapat MP3 pun bagus juga. Haha. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada rezeki orang lainlah tu.

Ok.Syarat yang kelima adalah untuk saya berikan pendapat tentang blog Lady in Red Planner. Secara jujurnya, saya suka blog tu sebab pertama, warna putih. Saya tak berapa berkenan blog yang terlalu banyak warna sebab kadang boleh mengganggu mood orang untuk membaca. Tambah-tambah lagi blog yang warna hitam. Hmm. Blog LZ ni simple dan cara susunan dia menarik. Ada tabs page yang tersusun di atas, header yang tak complicated dan stylish. Ada red planner di situ untuk menggambarkan tajuk blog.

Cara penulisannya pula mudah difahami dan dalam entry ada disertakan gambar-gambar untuk dikaitkan dengan artikel. Boleh nampaklah tuan blog adalah seorang yang profesional. Bukan nak lebih-lebih. Haha. Tapi hakikatnya kita boleh tahu serba sedikit tentang personaliti tuan blog daripada gaya penulisannya. Point is, dalam blog ni tak ada apa yang boleh saya kritik.

By the way, ini merupakan blog saya bergiveaway dan blog utama saya ialah Nafas Baru. Kalau rajin, bolehlah singgah dan tengok konsep blog saya yang boleh dikatakan hampir sama dengan blog penganjur. Apa pun, terima kasih kepada LZ kerana menganjurkan giveaway ni. Good luck juga kepada peserta yang lain. :)

2 comments: